SENARAI POKOK

Kami membekalkan benih pokok buah.

POKOK BUAH/NADIR-Benih durian raja kunyit/mousang king,durian duri hitam,tembaga,udang merah,tembaga,D101,D24,udang merah,benih kelapa matag F1,benih dokong mas,ciku mega,ciku siam,longan pingpong,longan brazil,longan lada,longan berlian,sukun,sentul,cantuman kundang,asam jawa king(cantuman),nona,manggis,manggis mesta mesta,nangka J33,cempedak CH28,cempedak champion,cempedak nangka,nangka siam isi merah,cempedak Durian,rambutan anak sekolah,rambutan gading,rambutan jarum mas,rambutan gula batu,pulasan,epal bidara,durian belanda,rambai,sentul,mentega,mangga harumanis,mangga mas hitam,cokanan,taiwan king,kuinin,mangga namdokmai,mangga epal,mangga kelapa,mangga kim hong,mangga lemak,mangga irwin ,mangga R2E2,mangga siam king madu,mangga mahachanok,mangga Super S,kedondong,gajus,jambu madu vietnam,asam gelugor,cermai,cermai belanda,ceri barbados,ceri terengganu,laici,lemon australia,lemon seedless,jambu batu seedless,jambu batu 1kg,jambu bol,jambu susu,jambu botol,Jambu batu merah,petai hybrid,jering,kerdas,kopi,bacang,jering,benih abiu,belimbing madu,belimbing buluh,delima,avocado dan lain-lain.

POKOK HERBA dan POKOK ULAM seperti benih betik sekaki,buluh madu,benih bunga cengkih,halia bara,papermint,benih ketum,pokok kopi,markisa,sambung nyawa,serai wangi,serai pedas,pudina,kemangi,selaseh,mahkota dewa,mulberi,ulam raja,pokok ajaib moringa,mas cotek,senduduk putih,belalai gajah,lemba,keladi tikus,jerangau,stevia,tenggek burung,kacip fatimah,tongkat ali,pokok salam,kasturi,kasturi variegated,limau sunkis,sunkis variegated,limau madu,purut,limau nipis seedless,limau bali siam isi merah,pokok turi,pecah beling dan lain-lain.

Penghantaran untuk semenanjung Malaysia mengikut kuantiti order.

Khidmat POSLAJU ada diguna pakai.

Membekalkan topsoil,sabut hancur(cocopeat),cocofiber,sekam padi,sekam bakar dan tanah baja.

Boleh hubungi

Call/whatsapp/wechat ashraf 0136636845

p/s : Untuk dapatkan respon yang pantas sila direct call.TQ

Monday, 22 February 2016

BETIK SEKAKI



BETIK SEKAKI / BETIK HONGKONG



Kebaikan penanaman buah Betik Sekaki

·         Vitamin C mencantikkan badan dan membuatkan kulit lebih cerah.
·         Papain , iaitu enzim yang terdapat dalam getah betik digunakan sebagai pelembut daging.
·         Berupaya memenuhi keperluan nutrisi harian dan berupaya mengekalkan awet muda.
·         Mengandungi komponen aktif dalam buah-buahan yang mampu mengurangkan tindak balas pengoksidaan dan juga mampu bertindak balas untuk kulit seseorang berkedut.
·         Juga ada komponen aktif untuk sebatian fenolik yang bertindak sebagai antipengoksidaan yang melambatkan proses penuaan.
·         Berperanan menghalang kanser seperti kanser prostat, penyakit yang berkaitan dengan jantung dan penyakit Alzheimer.
·         Biji betik muda dimakan untuk dijadikan ubat cacing terutamanya bagi kanak-kanak.
·         Daun betik muda dan bunga betik elok untuk sakit pinggang.
·         Getah daripada batangnya digunakan untuk mengubat gatal-gatal pada kulit dan kudis terutamanya kudis buta.
·         Manakala pucuk betik yang dicelur boleh dibuat ulam dan dipercayai boleh merampingkan pinggan terutama sekali bagi wanita.
·         Buahnya apabila dimakan boleh melegakan sembelit dan air rebusan daun betik muda boleh menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan.

Monday, 15 February 2016

NANGKA MADU J33


NANGKA MADU J33



Bahan Tanaman :
Nangka dibiak secara mata tunas.

Jarak Tanaman :
Sistem tanaman empat dan tiga segi disyorkan. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 9 m x 9 m yang memberikan 123 pokok sehektar untuk sistem empat segi dan 130 pokok sehektar untuk system tiga segi.

Menanam :
Lubang tanaman berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m perlu disediakan dan dibiarkan selama 2-4 minggu. Bahan organik atau kompos pada kadar 5 รข€“ 10 kg/lubang dan CIRP pada kadar 200 gm/lubang digaul semasa menanam. Gangguan kepada akar pokok hendaklah diminimakan semasa menanam.

Cantasan :
Cantasan bertujuan untuk menghasilkan kecergasan pokok , untuk mendapatkan bentuk kanopi yang sesuai dan merangsang pengeluaran buah. Cantasan melibatkan pembuangan dahan yang matii, berpenyakit dan membuang sulur air. Cantasan dahan yang tidak diperlukan memberi laluan udara dan sinaran matahari yang diperlukan.

Pembuangan Putik dan Membalut Buah : 
Pembuangan putik buah ialah untuk mengurangkan buah setangkai dan membuang buah yang berpenyakit serta tidak normal. Ianya juga bertujuan menghasilkan buah yang sihat, berbentuk normal dan seragam.

Friday, 5 February 2016

JENIS-JENIS ANAK POKOK (02)

JOM KITA TENGOK POKOK APA LAGI YANG KAMI ADA......

MANGGA HARUM MANIS


POKOK CEKUR


POKOK DURIAN BELANDA 5KAKI

DURIAN DURI HITAM



POKOK BUCIDA VARIEGATED

Wednesday, 3 February 2016

DURIAN BELANDA


DURIAN BELANDA


RM10

RM35

RM100 (TUNGGU MASA BERBUAH)

Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional ็ด…ๆฏ›ๆฆด่“ฎ, Soursap, Guanรกbana, Graviola, Zuurzak, Coraรงรฃo-da-รndia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L. Ia bukanlah dalam kategori pokok Durian, tetapi dinamakan sedemikian kerana memiliki duri lembut pada kulitnya.
Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.
Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Rahsia penyelidikan semula ini didedahkan oleh Institut Sains Kesihatan Amerika, mendapati pokok dan buahnya berupaya
1.      Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
2.      Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
3.      Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
4.      Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.



PETAI SIAM


PETAI SIAM


Petai siam atau nama saintifiknya Senegalia Pennata yang dipercayai berasal dari Siam Thailand juga sesuai pada namanya Petai Siam. Baru-baru ini, kita digemparkan dengan pokok petai dalam pasu yang dikatakan mampu berbuah rendah pada umur 3-4tahun dan lebih menarik ia juga boleh di tanam di dalam pasu. Mereka menggelarkan dengan panggilan petai hybrid. Ramai yang mencari benih tersebut walaupun sebahagian daripadanya masih tidak percaya bagaimana ia boleh berbuah dengan cepat.  Tidak dapat dinafikan Thailand merupakan negara yang sangat maju dari sudut pertanian. Banyak benih-benih kita di Malaysia berasal dari sana.
Dari pemerhatian , benih petai ini berbuah lebih cepat disebabkan pembiakan pokok ini adalah melalui cantuman matatunas. Jadi tidak hairanlah ia mampu berbuah lebih cepat sama seperti buah mangga. Namun, jenis varieti petai juga memainkan peranan kerana kemungkinan, pemilihan jenis varieti petai ini disebabkan ia mampu berbuah dengan lebih cepat. Kini, banyak syarikat atau nursery benih yang menggunakan gambar (petai berbuah dalam pasu)  untuk melariskan jualan. Harga pasaran sekarang mencecah RM25-RM30 sepokok bergantung kepada saiz pokok. Tapi di nursery kami hanya RM20 sepokok. Harga melambung mahal mungkin disebabkan lambakan agen-agen yang menjadi seller & permintaan yang tinggi dari pembeli. Nasihat kami cuma dapatkan pokok yang berkualiti dari seller yang dipercayai..banyak sebabnya antaranya boleh dapatkan khidmat nasihat cara penjagaan pokok petai siam dan pengalaman yang luas dalam pelbagai penanaman. Jadi JOM TANAM PETAI SIAM

KELAPA MATAG


KELAPA MATAG



Kelapa MATAG (Cocos nucifera 'Matag') merupakan kultivar kelapa yang disyorkan untuk tanaman di Malaysia oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Ini kerana kelapa matag menghasilkan buah yang lebuh banyak dalam setandan dan isinya yang lebih tebal. Buahnya juga agak besar. Menjadi tarikan ramai untuk memulakan proses tanaman kelapa matag dengan kuantiti yang besar. Ramai percaya buah kelapa mampu menjana pendapatan berterusan.
Kelapa ialah dari keluarga Arecaceae atau keluarga Palmae merupakan tumbuhan pelbagai guna dari bahagianbatangdaun, dan buahnya iaitu sabutair kelapatempurung dan isinya oleh manusia terutama di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik.Walaupun keluasan tanaman kelapa telah berkurang daripada 121,011 hektar pada tahun 2005 (kurang hampir 10,000 hektar), tetapi pengeluaran kelapa masih ditahap memuaskan dari 538,807 mt kepada 527,650 sahaja. Ini kerana penanaman kelapa matag dipercayai meningkatkan hasil pengeluaran setiap hektar.
Kelapa matag adalah nama singkatan bagi kacukan antara varieti kelapa 'Malayan Tall' dangan kelapa 'Tagnanan' yang dicantumkan menjadi 'MATAG'.[2]Industri tanaman kelapa di Malaysia merupakan satu industri penting dikalangan petani yang menyumbang kepada sosio-ekonomi untuk pembasmian kemisikinan terutamanya pekebun kecil kelapa.