SENARAI POKOK

Kami membekalkan benih pokok buah.

POKOK BUAH/NADIR-Benih durian raja kunyit/mousang king,durian duri hitam,tembaga,udang merah,tembaga,D101,D24,udang merah,benih kelapa matag F1,benih dokong mas,ciku mega,ciku siam,longan pingpong,longan brazil,longan lada,longan berlian,sukun,sentul,cantuman kundang,asam jawa king(cantuman),nona,manggis,manggis mesta mesta,nangka J33,cempedak CH28,cempedak champion,cempedak nangka,nangka siam isi merah,cempedak Durian,rambutan anak sekolah,rambutan gading,rambutan jarum mas,rambutan gula batu,pulasan,epal bidara,durian belanda,rambai,sentul,mentega,mangga harumanis,mangga mas hitam,cokanan,taiwan king,kuinin,mangga namdokmai,mangga epal,mangga kelapa,mangga kim hong,mangga lemak,mangga irwin ,mangga R2E2,mangga siam king madu,mangga mahachanok,mangga Super S,kedondong,gajus,jambu madu vietnam,asam gelugor,cermai,cermai belanda,ceri barbados,ceri terengganu,laici,lemon australia,lemon seedless,jambu batu seedless,jambu batu 1kg,jambu bol,jambu susu,jambu botol,Jambu batu merah,petai hybrid,jering,kerdas,kopi,bacang,jering,benih abiu,belimbing madu,belimbing buluh,delima,avocado dan lain-lain.

POKOK HERBA dan POKOK ULAM seperti benih betik sekaki,buluh madu,benih bunga cengkih,halia bara,papermint,benih ketum,pokok kopi,markisa,sambung nyawa,serai wangi,serai pedas,pudina,kemangi,selaseh,mahkota dewa,mulberi,ulam raja,pokok ajaib moringa,mas cotek,senduduk putih,belalai gajah,lemba,keladi tikus,jerangau,stevia,tenggek burung,kacip fatimah,tongkat ali,pokok salam,kasturi,kasturi variegated,limau sunkis,sunkis variegated,limau madu,purut,limau nipis seedless,limau bali siam isi merah,pokok turi,pecah beling dan lain-lain.

Penghantaran untuk semenanjung Malaysia mengikut kuantiti order.

Khidmat POSLAJU ada diguna pakai.

Membekalkan topsoil,sabut hancur(cocopeat),cocofiber,sekam padi,sekam bakar dan tanah baja.

Boleh hubungi

Call/whatsapp/wechat ashraf 0136636845

p/s : Untuk dapatkan respon yang pantas sila direct call.TQ

Thursday 1 December 2016

DURIAN DURI HITAM


>>Durian duri hitam Juga dikenali sebagai 'Ochee', Duri Hitam yang rasanya sungguh istimewa dan sukar untuk dijelaskan, adalah antara jenis durian yang paling menjadi sebutan peminat-peminat raja buah seluruh dunia.
>>Durian spesies unik itu juga sukar diperoleh dan hanya beberapa tempat  sahaja di Malaysia yang menjualnya.
>>Walaupun Musang King antara jenis yang digemari ramai, Duri Hitam mempunyai keunikan tersendiri dan pasti memikat selera saudara/saudari semua.
>>Mengenai rasanya....mesti ramai yang tidak sabar nak tahu kan..isi Duri Hitam sangat lemak, tebal dan berwarna oren pekat serta amat luar biasa keenakannya.
>>Duri Hitam berharga sekitar RM35 hingga RM40 sekilogram, juga bergantung kepada keadaan harga di pasaran.
>>Pasti ramai yang menanti kemunculan durian duri hitam setiap tahun..jadi mana petani/peladang yang nampak akan potensi pendapatan masa hadapan boleh la berusaha dari sekarang menanam durian.
>>Kami di sini sedia membekalkan anak pokok durian duri hitam..selain itu kami juga ada bekalkan anak pokok durian jenis mousang king,tekka,tembaga,d101,d88,udang merah,monthong & tangkai panjang.Berminat boleh terus hubungi 0136636845 untuk keterangan lebih detail.TQ






Tuesday 13 September 2016

DURIAN MONTHONG

DURIAN MONTHONG

 Durian Durian Durian

Menjadi satu fenomena baru sekarang apabila durian monthong diperkenalkan di
Malaysia..dieceritakan di Thailand durian monthong digelar "Raja Durian" & menjadi buah khas Thailand..
Terkenal dengan isinya yang sangat manis & daging isinya yang tebal..buahnya juga penjadi penarik utama kerana saiz buah nya yang berat boleh mencapai berat 2-6kg sebiji..agak memuaskan..jadi sebab itulah cerita durian monthong nie terlalu cepat di viral kan.
Dan..kami nak bagi tahu tuan puan berita baik....jeng3
kami telah pun dapat stok anak pokok durian monthong yang hangat diperkatakan kini...yang lebih menarik jangka masa keluarkan hasil hanya seawal 3tahun sahaja..tak percaya???? Tak percaya cuba tengok gambar yang kami sharekan dari negara jiran nie..dari saiz pokok nya kita boleh agak usia pokok durian..saiznya hanya 5-8kaki..huhhh..best x??
Jadi kami saran kan pada peminat2 durian yang ada kawasan cepat2 laa tanam durian jenis ini..sebab apa?? sebab harga pasaran buah nie mahal..rm26 1/kg..

Bagi yang ada tanah...dari terbiar baik usahakan tanam durian..kita ada berbagai jenis durian..nak yang isi kuning..nak yang isi tebal..nk yang biji nipis..nk yg cepat bbuah..semua ada..boleh bincang..tiada masalah..
Stok Durian yang kita ada skarang
1.Durian Monthong
2.Musang king
3.ioi
4.Tembaga
5.Udang merah
6.Tekka
7.Tangkai panjang
8.Duri Hitam ochee







Sunday 7 August 2016

DAUN KERING RERAMA HIJAU

JOM DAPATKAN DAUN KERING RERAMA HIJAU SEKARANG

Anda/ibu/bapa/saudara ADA PENYAKIT??
WAJIB BACA..BERIKAN masa 5minit anda.. mungkin 5minit bacaan ini mampu mengubah kehidupan anda....siapa tahu kan..
KAJIAN SAINTIFIK RERAMA HIJAU
Ujian makmal Institut Bioteknologi Melaka menunjukkan daun rerama mengandungi tiga belas sebatian kimia yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan.
.
.
.
.Anda berminat..scroll lagi
.
.
.
Kajian saintifik penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM turut berjaya menemui ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan pada tumbuhan berkenaan
.
.
Juga sah kan tiada bahan campuran lain.
100% Rerama Hijau
.
.
Kajian UPM menyatakan daun rerama bukan sahaja boleh merawat BARAH/KANSER, tetapi berupaya merawat berbagai penyakit antaranya:
Semua jenis Kanser
SLE
Thyroid
Leukimia
Darah tinggi
Kencing manis
Kolesterol/Asid Urik
Gout
Masalah berkaitan darah
Stroke
Senggugut
Asma
Migrain
Resdung
Demam campak
TB
Denggi
Masalah usus
Masalah sendi
HIV
Angin dlm badan
EKZIMA
Sebagai suppliment
$$$$HARGA Daun Kering Rerama Hijau $$$$   CALL/WASAP 0136636845 > D'laman hijau nursery





Tuesday 17 May 2016

POKOK KELAT PAYA


                                                 POKOK KELAT PAYA

ASSALAMUALAIKUM semua....harap semuanya dalam keadaan sihat & 
terus menikmati keindahan hijau..
skarang saya nak kongsi kan pasal pokok nie..kita biasa nampak tapi tak tau nama nya kan..pokok nie biasa ada di tepi-tepi jalan..di hiway..dan biasanya pokok nie dijadikan pagar..pokoknya bila dah besar boleh ditrim mengikut kesesuaian & menjadikan lanskap yang cantik bagi yang pandai mengubahnya.ok2..boleh terus baca info nya di bawah..jika berminat mendapatkan boleh hubungi kami.tqvm

Pokok Kelat ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Myrtaceae yang berasal dari Asia Tropika. Pokok ini biasa terdapat dekat paya bakauNama botaninya Eugenia oleina.

Pokok jenis berdahan dan rimbun serta mengeluarkan pucuk merah yg menarik selepas ditrim selepas 2-3 bulan. Amat sesuai sebagai tanaman pagar serta sebagai pelindung cahaya matahari yang terik.

Boleh mencapai ketinggian 20 kaki. Tapi banyak daun gugur. Jadi jangan biarkan terlalu tinggi utk kurangkan daun.

Pokok ini boleh ditrim mengikut bentuk yang disukai, bersegi, bulat, kon dsb.


RERAMA HIJAU

                                                                 
                                                      RERAMA HIJAU


HAI!!! ... Kali nie kita kongsi berkaitan pokok herba yang mujarab nie..
Kaya dengan pelbagai khasiat..tiada kesan sampingan..dan yang penting UPM yang mengesahkan 
penggunaan daun rerama hijau..nak lebih detail boleh baca info di bawah nie...berminat nak pokok nya boleh terus call/wasap kami 0136636845..tqvm
SERDANG, 13 Mac: Umum mengetahui barah antara penyakit yang sukar diubati, dan untuk sekian lamanya pelbagai penyelidikan dilakukan banyak pihak untuk mencari dan menghasilkan ubat serta kaedah perubatan terhadap penyakit yang boleh membawa maut ini.

Usaha berterusan para penyelidik mungkin akan dapat merintis jalan menemui ramuan atau ubat yang berkesan untuk menangani penyakit yang digeruni itu.

Kajian awal olehUniversiti Putra Malaysia (UPM) terhadap tumbuhan yang dikenali sebagai ‘daun rerama’ atau nama saintifiknya Christiavespertilionis ini, mendapati ia menunjukkan ciri-ciri anti barahdan anti keradangan.

Justeru, UPM akan menjalankan penyelidikan selanjutnya dengan menjalankan saringan dan ujian pra-klinikal peringkat kedua terhadap daun rerama.
Pensyarah dan penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Latifah Saiful Yazan berkata kajian peringkat kedua ini akan dijalankan terhadap haiwan (in vivo).

“Dalam kajian itu nanti, sel barah payu dara akan disuntik ke dalam tikus, dan kemudian ia akan dirawat dengan ekstrak daun rerama,” katanya dalam temubual.

Tanaman daun rerama ini diusahakan Encik Khamarul Rezan Lim Abdullah, 58, yang dikatakan bukan sahaja berkesan merawat barah tetapi juga berupaya mengubati penyakit SLE, denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak.
Dr. Latifah berkata kajian peringkat kedua itu akan menggunakan sebahagian daripada Enterprise Innovation Fund (EIF) sebanyak RM300,000 yang diperuntukkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Untuk kajian tersebut, Encik Khamarul Rezan akan membekalkan daun rerama itu. Beliau sudah mula menanam semula pokok berkenaan, yang akan matang dalam tempoh tiga bulan sebelum daunnya boleh diambil untuk kajian.

Selain untuk penanaman semula pokok, dana tersebut juga digunakan untuk pembelian beberapa peralatan seperti mesin pengering, mesin penghancur dan mesin pembungkus, serta untuk penjenamaan produk.

Menurutnya, saringan pertama yang dilakukan pada 2103 secara in vitro, menggunakan ekstrak daun rerama terhadap enam jujukan sel barah yang sukar dirawat termasuk barah payu dara, peparu, usus besar, serviks dan ovari, mendapati sel yang paling sensitif ialah sel kanser barah payu dara.

Katanya, saringan kedua ini juga akan meneliti profil kimia daun rerama.
Dr Latifah berkata, setakat ini sebagaimana yang dimaklumkan kepadanya oleh Encik Khamarul Rezan, secara umumnya ekstrak daun rerama ini tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.

Kaedah rawatan yang digunakan ialah meminum rebusan air daun rerama ini, sebagaimana konsep merendam dan meminum air teh.

Menurutnya, daun rerama ini terdapat dalam pelbagai warna tetapi yang digunakan untuk penyelidikan bagi tujuan perubatan ialah daun rerama yang berwarna hijau.
Pokok ini boleh mencapai ketinggian kira-kira dua meter, dan bagi mempercepatkan percambahan, pucuknya harus selalu digunting, katanya.

Menurut Dr. Latifah, kumpulan mereka sedang menjalankan penyelidikan ketoksikan akut dan sub-akut untuk melihat sama ada rebusan air daun rerama boleh mendatangkan sebarang kemudaratan pada haiwan yang dikaji.
Pada masa yang sama, kajian untuk melihat ciri-ciri anti kanser rebusan tersebut dalam haiwan juga akan bermula dalam masa terdekat.
“Pihak UPM tidak bertanggungjawab dengan dakwaan beberapa pengusaha produk berasaskan daun rerama yang mengaitkan produk mereka amat berkesan untuk pelbagai penyakit.

“Penyelidikan UPM masih belum tamat. Berdasarkan kepada geran yang kami terima daripada MOSTI, fokus utama kami buat masa ini adalah kepada ciri-ciri anti kanser daun rerama.
“Jika tiada halangan, projek tersebut akan tamat pada hujung tahun 2016. Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat satu rumusan sehinggalah penyelidikan ke atas manusia dapat dijalankan.
“Mengikut perubatan tradisional, daun rerama sememangnya dikatakan mempunyai pelbagai khasiat.
“Pihak UPM bersedia untuk menjalankan uji kaji bagi pelbagai penyakit yang mungkin sesuai menggunakan daun rerama daripada Seribu Satu Herba Enterprise jika mempunyai pembiayaan daripada agensi kerajaan khususnya MOSTI,” katanya.
Beliau mengulas terdapat viral di laman Facebook pelbagai produk berasas daun rerama yang mengaitkan produk mereka dengan penyelidikan UPM.

Wednesday 27 April 2016

BULUH MADU




                                                     BULUH MADU

KHASIAT BULUH MADU
Tunas buluh atau dikenali dengan nama rebung selalunya dijadikan sayur dalam masakan. Rebung madu biasanya dimasak kari, lemak, kerabu atau dijadikan ulam-ulaman. Ia sebenarnya kaya dengan serat dan dikatakan boleh mengurangkan kadar kolestrol.
Rebung madu mempunyai banyak serat dan karbohidrat komplek yang boleh membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, dan secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit jantung.
Kadar air didalamnya juga tinggi iaitu sekitar 90%. Rebung madu juga mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, yaitu 533 mg per 100 gram rebung.
Banyak lagi khasiat rebung madu yang belum dikupas. Ada yang mengatakan ia baik untuk penyakitbatuk berkahak demammencegah sembelit dan kanser kolon

KELAPA PANDAN SIAM



     KELAPA PANDAN SIAM/KELAPA WANGI

Kelapa pandan siam merupakan kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. Di Thailand kelapa ini dipanggil sebagai kelapa Makprow Nam Horm. Keistimewaan kelapa ini adalah air dan isi buah nya beraroma wangi pandan dan sangat terasa segar jika di makan dan diminum.

Ketinggian pohon kelapa pandan wangi ini bisa mencapai 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau. Buahnya kecil berbentuk bulat bersegi tiga di bawahnya. Kandungan air sebuah kelapa pandan sekitar 330 ml.


Kelapa pandan ini bisa ditanam pada jarak 6 m  x  6 m , dalam 1 hektar bisa mencapai 208 pokok atau dengan kerapatan tinggi bisa juga mencapai 400 batang dalam 1 hektar dengan jarak 5 m x 5 m.

Kelapa pandan wangi berbuah pertama kali pada umur tanam 3 tahun dengan perawatan yang baik dengan pemupukan dan pengairan yang cukup. Pada umur 3 tahun ini pengeluaran buah belum maksimal sekitar 40 - 50%, dan pada umur 4 tahun baru 100%. Dalam setahun kelapa pandan mengeluarkan tandan 12 - 18 tandan buah. Setiap tandan buah memiliki 10 - 15 biji kelapa muda. Dalam setahun bisa mengahasilkan buah sekitar 130 - 175 buah muda segar.

Tandan buah kelapa muda bisa dipetik setelah berumur 6 - 6,5 bulan, ini bisa dilihat dengan cara melihat tandan buah muda yang akan dipetik, kemudian tandan buah yang masih muda yang ada dibawah tandan buah yang akan dipetik, dan tandan buah yang berupa seludang juga berada di bawahnya adalah terletak diatas satu dengan yang lainnya.




Saturday 19 March 2016

EPAL BIDARA

EPAL BIDARA


Pokok Bidara atau Sidir dalam bahasa Arab banyak kegunaannya. Nama saintifiknya adalah Zizyphus mauritiana L. atau Zizyphus jujube. Di China penanaman secara komersial Z. jujube lebih dominan, yg dipanggil kurma merah atau red dates atau kurma china. Di India, Z. mauritiana lebih dominan. Pengeluar terbesar dunia buah bidara adalah China. Boleh dikatakan semua kedai ubat China, singseh dan sebahagian pasaraya dan kedai runcit ada menjual kurma merah ini. Ini kerana masyarakat China menggunakan kurma merah secara meluas dalam perubatan tradisinal dan masakan, campuran dalam sup, air sarang burung, maknan bagi wanita bersalin, juga pesakit yg lemah. Ia juga digunakan oleh masyarakat China untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit (awet muda)..

Di negara kita,lebih dikenali dengan panggilan epal bidara, mungkin disebabkan buahnya seakan buah apple hijau. Daun bidara banyak digunakan utk memandi jenazah dan melembutkan anggotanya. Ia boleh membersih tubuh badan. Ia juga banyak diguna dlm perubatan Islam untuk merawat gangguan dan sihir serta mengeluarkan racun daripada badan.

Terdapat beratus variety pokok bidara di seluruh dunia. Ia satu pokok yg boleh hidup dan tahan lasak kepada iklim serta suhu melampau. Ia boleh tumbuh di kawasan kering dan panas di Afrika Utara dan Arab, serta di kawasan lembab seperti iklim tropika dan khatulistiwa. Malah negara beriklim sejuk sederhana (temperate) bersuhu 10-15C seperti di China Utara, USA dan banyak negara juga boleh ditanam. Umur pokok ini pula boleh mencapai beratus tahun macam pokok zaitun terutama pokok bidara liar yg lebih banyak berduri. Pokok bidara yg ditanam secara komersial kurang berduri, mempunyai daun dan buah yg lebih besar.

Madu sidir Yemen berasal daripada manisan bunga pokok bidara yg banyak ditanam di Yemen. Madunya paling pekat tapi tidak menghasilkan mendakan hablur gula. Inilah madu paling mahal di dunia (boleh mencapai RM500 -RM1000 per kg) dan bermutu tinggi. Madu ini boleh merawat pelbagai penyakit termasuk kencing manis, kanser, batuk, tonsil, keracunan makanan, jangkitan serta menguatkan badan serta imun.

Saya pernah guna madu Yemen untuk merawat beberapa pesakit diabetes, memang terbukti gula tak naik, malah membantu menurunkan dan menstabilkan gula dan memberi tenaga. Ia juga membersihkan darah dan mengelak daripada terkena jangkitan kuman.

Seluruh bahagian pokok bidara boleh digunakan dalam perubatan. Akar, batang, kulit pokok, buah daun dan bunganya mempunyai khasiat dan nilai perubatan yg tinggi. Ia telah digunakan secara tradisional beribu tahun oleh pelbagai masyarakat (Afrika, India, Arab, China, Melayu, dan banyak negara di Asia) dan telah dibukti secara saintifik. Kajian banyak dilakukan oleh China, India dan negara Barat.

Di Jepun dan Eropah ia digunakan dalam produk kecantikan dan ubat merawat kanser kulit.

Buah bidara mempunyai nilai nutrisi yg tinggi iaitu vitamin C, carotene, vitamin B kompleks, magnesium, iron, potassium, anti-oksidan bioflavonoids. Ia juga kaya bahan aktif phytokimia seperti asid triterpenoids, saponin, alkaloid, dsb. Asid betullinic, sejenis triterpenoid acid yg terdapat dalam buah, daun dan akar bidara adalah bersifat cytotoxic yg boleh membunuh sel kanser secara selektif tanpa mnecederakan sel normal. Asid betullinic pokjok bidara menunjukkan pelbagai kesan terapeutik seperti anti-tumor, anti-bakteria, anti-virus, anti-radang, anti-kanser, anti-ulser. Ada beberapa bahan aktif dalam buah dan daun bidara yg menunjukkan ciri anti-kanser.

Bidara dapat meningkatkan kesan terapeutik herba dan ubat lain. Ia banyak digunakan dalam ubat & ramuan herba serta makanan kesihatan masyarakat China. Sifat buah bidara sedrhana yakni tidak panas atau sejuk kepada tubuh. Ia dapat mengeluarkan tenaga daripada makanan. Oleh sebab itu ia digunakan sebagai tonik memberi tenaga. Ia juga diguna dalam rawatan batuk & sakit tekak, detoksifikasi, mild laxative. Ia dapat menguatkan jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang. Buah bidara dapat melindungi hati daripada kerosakan olen bahan kimia. Ini dibuktikan oleh ujian klinikal.

Manakala daun digunakan sebagai losyen sakit mata, telinga, merawat nanah, kudis buta, jangkitan kuman & virus, hepatitis, keracunan makanan, diabetes, demam, demam campak, penyakit kulit, ekzema, lemak & kolestrol, darah pekat. Ia boleh dijadikan teh bila dicampur bersama jintan hitam, halba, halia untuk program detoksifikasi tubuh seminggu sekali. Ia juga boleh merawat gatal-gatal, keputihan, buasir, sakit gigi, tonsil, migraine kronik, alahan , resdung dsb.

Tuesday 15 March 2016

LEMON

LEMON


Manfaat Lemon Untuk Kesehatan dan Perawatan Kecantikan

Advertisement

Buah lemon menjadi salah satu varian jeruk yang banyak dinikmati, dan juga digunakan dalam sejumlah perawatan kecantikan alami. Buah lemon memiliki rasa yang asam, namun amat menyegarkan. Sari lemon sering dijadikan sebagai campuran dalam berbagai masakan. Tapi ternyata lemon sangat baik juga untuk kesehatan tubuh. Berikut ini ulasan selengkapnya mengenai manfaat lemon bagi kesehatan dan kecantikan.
Manfaat lemon, sangat baik untuk menjaga kesehatan tubuh. Beberapa diantaranya adalah sebagai berikut :
1. Melancarkan Pencernaan
Pembuangan sisa pencernaan dapat lebih mudah dengan konsumsi jus lemon secara teratur. Lemon meningkatkan gerakan peristaltik di perut, membantu buang air besar secara teratur sehingga menghilangkan limbah tubuh dengan baik. Lemon seperti pemurni darah dan agen pembersih, sehingga minuman yang baik setelah makan siang atau makan malam. Lemon juga membantu masalah pencernaan lain seperti mual ketika naiknya asam lambung, namun berhati-hati karena lemon tidak cocok dengan susu. Tambahkan jus lemon ke dalam air hangat dan minum sebagai hal pertama di pagi hari.
2. Menstabilkan Tekanan Darah Tinggi
Kandungan kalium di dalam lemo sama dengan yang terdapat manfaat pisang, yang sangat baik dikonsumsi oleh penderita penyakit jantung. Kalium mengontrol tekanan darah yang tinggi, pusing dan mual, karena memberikan sensasi menenangkan untuk kedua pikiran dan tubuh. sehingga buah lemon banyak digunakan untuk mengurangi stres mental dan masalah depresi.
3. Mengatasi Sakit Tenggorokan
Tidak hanya tanaman herbal seperti manfaat jahe yang mampu meredakan batuk, namun lemon sangat bagus untuk mengatasi penyakit tonsilitis (teggorokan). Cukup dengan kumur pada air hangat yang telah ditambahkan dengan satu sendok teh jus lemon. Untuk batuk dan pilek, berikan air hangat yang telah ditambahkan sedikit manfaat madu. Untuk asma, setengah sendok teh jus lemon, dengan secangkir air
 hangat sebelum makan.
4. Menghentikan Perdarahan Internal
Kandungan antiseptik di dalam buah lemon mampu menghentikan pendarahan internal dalam tubuh.
 Celupkan kapas kecil pada air perasan lemon dan letakkan ke dalam hidung, untuk menghentikan pendarahan
pada hidung.
5. Merawat Kesehatan Mulut
Lemon dapat digunakan dalam pembersihan rutin gigi, namun jauhkan pasta gigi yang mengandung lemon
pada mata. Jus lemon dapat diterapkan pada bagian gigi yang sakit, dapat membantu dalam menyingkirkan
 rasa sakit. Selai itu, lemon juga menghilangkan bau mulut yang dapat berasal dari berbagai penyakit dan
 kondisi gusi. Beberapa bahan lain yang membantu kesehatan mulut seperti  
6. Detoksifikasi Racun Dalam Tubuh
Terkadang makanan yang kita konsumsi, tidak semuanya mengandung zat yang baik. Zat racun yang
berbahaya dan menumpuk pada tubuh ini, tidak baik untuk kesehatan. Mengkonsumsi jus lemon,
membantu menghilangkan racun tersebut dan mengeluarkannya bersamaan dengan sisa metabolisme lain.
Jus lemon merupakan pembersih darah karena membantu tubuh untuk membuang racun. Ia juga memiliki
 22 senyawa anti kanker dan memperlambat pertumbuhan tumor kanker. Setelah radiasi dan kemoterapi,
ia bisa menghilangkan jejak sisa radiasi dan memurnikan darah. Lemon juga menunjang sistem kekebalan
tubuh dan baik sebagai anti depresan.
7. Vitamin C dan Berat Badan
Di tulis dalam artikel yang diterbitkan dalam “Journal of the American College of Nutrition” pada tahun 2005,
 vitamin C berbanding terbalik dengan massa tubuh. Para peneliti menunjukkan hasil bahwa, asupan
 vitamin C yang cukup membantu tubuh memicu serangkaian reaksi kimia yang memecah lemak tubuh
dan berguna sebagai energi. Manfaat buah-buahan kaya akan kandungan vitamin C, begitu juga di dalam
 buah lemon yang tinggi dan merupakan alasan untuk efek yang kuat dari kombinasi ini.

Monday 22 February 2016

BETIK SEKAKI



BETIK SEKAKI / BETIK HONGKONG



Kebaikan penanaman buah Betik Sekaki

·         Vitamin C mencantikkan badan dan membuatkan kulit lebih cerah.
·         Papain , iaitu enzim yang terdapat dalam getah betik digunakan sebagai pelembut daging.
·         Berupaya memenuhi keperluan nutrisi harian dan berupaya mengekalkan awet muda.
·         Mengandungi komponen aktif dalam buah-buahan yang mampu mengurangkan tindak balas pengoksidaan dan juga mampu bertindak balas untuk kulit seseorang berkedut.
·         Juga ada komponen aktif untuk sebatian fenolik yang bertindak sebagai antipengoksidaan yang melambatkan proses penuaan.
·         Berperanan menghalang kanser seperti kanser prostat, penyakit yang berkaitan dengan jantung dan penyakit Alzheimer.
·         Biji betik muda dimakan untuk dijadikan ubat cacing terutamanya bagi kanak-kanak.
·         Daun betik muda dan bunga betik elok untuk sakit pinggang.
·         Getah daripada batangnya digunakan untuk mengubat gatal-gatal pada kulit dan kudis terutamanya kudis buta.
·         Manakala pucuk betik yang dicelur boleh dibuat ulam dan dipercayai boleh merampingkan pinggan terutama sekali bagi wanita.
·         Buahnya apabila dimakan boleh melegakan sembelit dan air rebusan daun betik muda boleh menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan.

Monday 15 February 2016

NANGKA MADU J33


NANGKA MADU J33



Bahan Tanaman :
Nangka dibiak secara mata tunas.

Jarak Tanaman :
Sistem tanaman empat dan tiga segi disyorkan. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 9 m x 9 m yang memberikan 123 pokok sehektar untuk sistem empat segi dan 130 pokok sehektar untuk system tiga segi.

Menanam :
Lubang tanaman berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m perlu disediakan dan dibiarkan selama 2-4 minggu. Bahan organik atau kompos pada kadar 5 – 10 kg/lubang dan CIRP pada kadar 200 gm/lubang digaul semasa menanam. Gangguan kepada akar pokok hendaklah diminimakan semasa menanam.

Cantasan :
Cantasan bertujuan untuk menghasilkan kecergasan pokok , untuk mendapatkan bentuk kanopi yang sesuai dan merangsang pengeluaran buah. Cantasan melibatkan pembuangan dahan yang matii, berpenyakit dan membuang sulur air. Cantasan dahan yang tidak diperlukan memberi laluan udara dan sinaran matahari yang diperlukan.

Pembuangan Putik dan Membalut Buah : 
Pembuangan putik buah ialah untuk mengurangkan buah setangkai dan membuang buah yang berpenyakit serta tidak normal. Ianya juga bertujuan menghasilkan buah yang sihat, berbentuk normal dan seragam.

Friday 5 February 2016

JENIS-JENIS ANAK POKOK (02)

JOM KITA TENGOK POKOK APA LAGI YANG KAMI ADA......

MANGGA HARUM MANIS


POKOK CEKUR


POKOK DURIAN BELANDA 5KAKI

DURIAN DURI HITAM



POKOK BUCIDA VARIEGATED

Wednesday 3 February 2016

DURIAN BELANDA


DURIAN BELANDA


RM10

RM35

RM100 (TUNGGU MASA BERBUAH)

Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L. Ia bukanlah dalam kategori pokok Durian, tetapi dinamakan sedemikian kerana memiliki duri lembut pada kulitnya.
Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.
Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Rahsia penyelidikan semula ini didedahkan oleh Institut Sains Kesihatan Amerika, mendapati pokok dan buahnya berupaya
1.      Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
2.      Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
3.      Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
4.      Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.



PETAI SIAM


PETAI SIAM


Petai siam atau nama saintifiknya Senegalia Pennata yang dipercayai berasal dari Siam Thailand juga sesuai pada namanya Petai Siam. Baru-baru ini, kita digemparkan dengan pokok petai dalam pasu yang dikatakan mampu berbuah rendah pada umur 3-4tahun dan lebih menarik ia juga boleh di tanam di dalam pasu. Mereka menggelarkan dengan panggilan petai hybrid. Ramai yang mencari benih tersebut walaupun sebahagian daripadanya masih tidak percaya bagaimana ia boleh berbuah dengan cepat.  Tidak dapat dinafikan Thailand merupakan negara yang sangat maju dari sudut pertanian. Banyak benih-benih kita di Malaysia berasal dari sana.
Dari pemerhatian , benih petai ini berbuah lebih cepat disebabkan pembiakan pokok ini adalah melalui cantuman matatunas. Jadi tidak hairanlah ia mampu berbuah lebih cepat sama seperti buah mangga. Namun, jenis varieti petai juga memainkan peranan kerana kemungkinan, pemilihan jenis varieti petai ini disebabkan ia mampu berbuah dengan lebih cepat. Kini, banyak syarikat atau nursery benih yang menggunakan gambar (petai berbuah dalam pasu)  untuk melariskan jualan. Harga pasaran sekarang mencecah RM25-RM30 sepokok bergantung kepada saiz pokok. Tapi di nursery kami hanya RM20 sepokok. Harga melambung mahal mungkin disebabkan lambakan agen-agen yang menjadi seller & permintaan yang tinggi dari pembeli. Nasihat kami cuma dapatkan pokok yang berkualiti dari seller yang dipercayai..banyak sebabnya antaranya boleh dapatkan khidmat nasihat cara penjagaan pokok petai siam dan pengalaman yang luas dalam pelbagai penanaman. Jadi JOM TANAM PETAI SIAM

KELAPA MATAG


KELAPA MATAG



Kelapa MATAG (Cocos nucifera 'Matag') merupakan kultivar kelapa yang disyorkan untuk tanaman di Malaysia oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Ini kerana kelapa matag menghasilkan buah yang lebuh banyak dalam setandan dan isinya yang lebih tebal. Buahnya juga agak besar. Menjadi tarikan ramai untuk memulakan proses tanaman kelapa matag dengan kuantiti yang besar. Ramai percaya buah kelapa mampu menjana pendapatan berterusan.
Kelapa ialah dari keluarga Arecaceae atau keluarga Palmae merupakan tumbuhan pelbagai guna dari bahagianbatangdaun, dan buahnya iaitu sabutair kelapatempurung dan isinya oleh manusia terutama di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik.Walaupun keluasan tanaman kelapa telah berkurang daripada 121,011 hektar pada tahun 2005 (kurang hampir 10,000 hektar), tetapi pengeluaran kelapa masih ditahap memuaskan dari 538,807 mt kepada 527,650 sahaja. Ini kerana penanaman kelapa matag dipercayai meningkatkan hasil pengeluaran setiap hektar.
Kelapa matag adalah nama singkatan bagi kacukan antara varieti kelapa 'Malayan Tall' dangan kelapa 'Tagnanan' yang dicantumkan menjadi 'MATAG'.[2]Industri tanaman kelapa di Malaysia merupakan satu industri penting dikalangan petani yang menyumbang kepada sosio-ekonomi untuk pembasmian kemisikinan terutamanya pekebun kecil kelapa.