SENARAI POKOK

Kami membekalkan benih pokok buah.

POKOK BUAH/NADIR-Benih durian raja kunyit/mousang king,durian duri hitam,tembaga,udang merah,tembaga,D101,D24,udang merah,benih kelapa matag F1,benih dokong mas,ciku mega,ciku siam,longan pingpong,longan brazil,longan lada,longan berlian,sukun,sentul,cantuman kundang,asam jawa king(cantuman),nona,manggis,manggis mesta mesta,nangka J33,cempedak CH28,cempedak champion,cempedak nangka,nangka siam isi merah,cempedak Durian,rambutan anak sekolah,rambutan gading,rambutan jarum mas,rambutan gula batu,pulasan,epal bidara,durian belanda,rambai,sentul,mentega,mangga harumanis,mangga mas hitam,cokanan,taiwan king,kuinin,mangga namdokmai,mangga epal,mangga kelapa,mangga kim hong,mangga lemak,mangga irwin ,mangga R2E2,mangga siam king madu,mangga mahachanok,mangga Super S,kedondong,gajus,jambu madu vietnam,asam gelugor,cermai,cermai belanda,ceri barbados,ceri terengganu,laici,lemon australia,lemon seedless,jambu batu seedless,jambu batu 1kg,jambu bol,jambu susu,jambu botol,Jambu batu merah,petai hybrid,jering,kerdas,kopi,bacang,jering,benih abiu,belimbing madu,belimbing buluh,delima,avocado dan lain-lain.

POKOK HERBA dan POKOK ULAM seperti benih betik sekaki,buluh madu,benih bunga cengkih,halia bara,papermint,benih ketum,pokok kopi,markisa,sambung nyawa,serai wangi,serai pedas,pudina,kemangi,selaseh,mahkota dewa,mulberi,ulam raja,pokok ajaib moringa,mas cotek,senduduk putih,belalai gajah,lemba,keladi tikus,jerangau,stevia,tenggek burung,kacip fatimah,tongkat ali,pokok salam,kasturi,kasturi variegated,limau sunkis,sunkis variegated,limau madu,purut,limau nipis seedless,limau bali siam isi merah,pokok turi,pecah beling dan lain-lain.

Penghantaran untuk semenanjung Malaysia mengikut kuantiti order.

Khidmat POSLAJU ada diguna pakai.

Membekalkan topsoil,sabut hancur(cocopeat),cocofiber,sekam padi,sekam bakar dan tanah baja.

Boleh hubungi

Call/whatsapp/wechat ashraf 0136636845

p/s : Untuk dapatkan respon yang pantas sila direct call.TQ

Saturday 19 March 2016

EPAL BIDARA

EPAL BIDARA


Pokok Bidara atau Sidir dalam bahasa Arab banyak kegunaannya. Nama saintifiknya adalah Zizyphus mauritiana L. atau Zizyphus jujube. Di China penanaman secara komersial Z. jujube lebih dominan, yg dipanggil kurma merah atau red dates atau kurma china. Di India, Z. mauritiana lebih dominan. Pengeluar terbesar dunia buah bidara adalah China. Boleh dikatakan semua kedai ubat China, singseh dan sebahagian pasaraya dan kedai runcit ada menjual kurma merah ini. Ini kerana masyarakat China menggunakan kurma merah secara meluas dalam perubatan tradisinal dan masakan, campuran dalam sup, air sarang burung, maknan bagi wanita bersalin, juga pesakit yg lemah. Ia juga digunakan oleh masyarakat China untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit (awet muda)..

Di negara kita,lebih dikenali dengan panggilan epal bidara, mungkin disebabkan buahnya seakan buah apple hijau. Daun bidara banyak digunakan utk memandi jenazah dan melembutkan anggotanya. Ia boleh membersih tubuh badan. Ia juga banyak diguna dlm perubatan Islam untuk merawat gangguan dan sihir serta mengeluarkan racun daripada badan.

Terdapat beratus variety pokok bidara di seluruh dunia. Ia satu pokok yg boleh hidup dan tahan lasak kepada iklim serta suhu melampau. Ia boleh tumbuh di kawasan kering dan panas di Afrika Utara dan Arab, serta di kawasan lembab seperti iklim tropika dan khatulistiwa. Malah negara beriklim sejuk sederhana (temperate) bersuhu 10-15C seperti di China Utara, USA dan banyak negara juga boleh ditanam. Umur pokok ini pula boleh mencapai beratus tahun macam pokok zaitun terutama pokok bidara liar yg lebih banyak berduri. Pokok bidara yg ditanam secara komersial kurang berduri, mempunyai daun dan buah yg lebih besar.

Madu sidir Yemen berasal daripada manisan bunga pokok bidara yg banyak ditanam di Yemen. Madunya paling pekat tapi tidak menghasilkan mendakan hablur gula. Inilah madu paling mahal di dunia (boleh mencapai RM500 -RM1000 per kg) dan bermutu tinggi. Madu ini boleh merawat pelbagai penyakit termasuk kencing manis, kanser, batuk, tonsil, keracunan makanan, jangkitan serta menguatkan badan serta imun.

Saya pernah guna madu Yemen untuk merawat beberapa pesakit diabetes, memang terbukti gula tak naik, malah membantu menurunkan dan menstabilkan gula dan memberi tenaga. Ia juga membersihkan darah dan mengelak daripada terkena jangkitan kuman.

Seluruh bahagian pokok bidara boleh digunakan dalam perubatan. Akar, batang, kulit pokok, buah daun dan bunganya mempunyai khasiat dan nilai perubatan yg tinggi. Ia telah digunakan secara tradisional beribu tahun oleh pelbagai masyarakat (Afrika, India, Arab, China, Melayu, dan banyak negara di Asia) dan telah dibukti secara saintifik. Kajian banyak dilakukan oleh China, India dan negara Barat.

Di Jepun dan Eropah ia digunakan dalam produk kecantikan dan ubat merawat kanser kulit.

Buah bidara mempunyai nilai nutrisi yg tinggi iaitu vitamin C, carotene, vitamin B kompleks, magnesium, iron, potassium, anti-oksidan bioflavonoids. Ia juga kaya bahan aktif phytokimia seperti asid triterpenoids, saponin, alkaloid, dsb. Asid betullinic, sejenis triterpenoid acid yg terdapat dalam buah, daun dan akar bidara adalah bersifat cytotoxic yg boleh membunuh sel kanser secara selektif tanpa mnecederakan sel normal. Asid betullinic pokjok bidara menunjukkan pelbagai kesan terapeutik seperti anti-tumor, anti-bakteria, anti-virus, anti-radang, anti-kanser, anti-ulser. Ada beberapa bahan aktif dalam buah dan daun bidara yg menunjukkan ciri anti-kanser.

Bidara dapat meningkatkan kesan terapeutik herba dan ubat lain. Ia banyak digunakan dalam ubat & ramuan herba serta makanan kesihatan masyarakat China. Sifat buah bidara sedrhana yakni tidak panas atau sejuk kepada tubuh. Ia dapat mengeluarkan tenaga daripada makanan. Oleh sebab itu ia digunakan sebagai tonik memberi tenaga. Ia juga diguna dalam rawatan batuk & sakit tekak, detoksifikasi, mild laxative. Ia dapat menguatkan jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang. Buah bidara dapat melindungi hati daripada kerosakan olen bahan kimia. Ini dibuktikan oleh ujian klinikal.

Manakala daun digunakan sebagai losyen sakit mata, telinga, merawat nanah, kudis buta, jangkitan kuman & virus, hepatitis, keracunan makanan, diabetes, demam, demam campak, penyakit kulit, ekzema, lemak & kolestrol, darah pekat. Ia boleh dijadikan teh bila dicampur bersama jintan hitam, halba, halia untuk program detoksifikasi tubuh seminggu sekali. Ia juga boleh merawat gatal-gatal, keputihan, buasir, sakit gigi, tonsil, migraine kronik, alahan , resdung dsb.

No comments:

Post a Comment