SENARAI POKOK

Kami membekalkan benih pokok buah.

POKOK BUAH/NADIR-Benih durian raja kunyit/mousang king,durian duri hitam,tembaga,udang merah,tembaga,D101,D24,udang merah,benih kelapa matag F1,benih dokong mas,ciku mega,ciku siam,longan pingpong,longan brazil,longan lada,longan berlian,sukun,sentul,cantuman kundang,asam jawa king(cantuman),nona,manggis,manggis mesta mesta,nangka J33,cempedak CH28,cempedak champion,cempedak nangka,nangka siam isi merah,cempedak Durian,rambutan anak sekolah,rambutan gading,rambutan jarum mas,rambutan gula batu,pulasan,epal bidara,durian belanda,rambai,sentul,mentega,mangga harumanis,mangga mas hitam,cokanan,taiwan king,kuinin,mangga namdokmai,mangga epal,mangga kelapa,mangga kim hong,mangga lemak,mangga irwin ,mangga R2E2,mangga siam king madu,mangga mahachanok,mangga Super S,kedondong,gajus,jambu madu vietnam,asam gelugor,cermai,cermai belanda,ceri barbados,ceri terengganu,laici,lemon australia,lemon seedless,jambu batu seedless,jambu batu 1kg,jambu bol,jambu susu,jambu botol,Jambu batu merah,petai hybrid,jering,kerdas,kopi,bacang,jering,benih abiu,belimbing madu,belimbing buluh,delima,avocado dan lain-lain.

POKOK HERBA dan POKOK ULAM seperti benih betik sekaki,buluh madu,benih bunga cengkih,halia bara,papermint,benih ketum,pokok kopi,markisa,sambung nyawa,serai wangi,serai pedas,pudina,kemangi,selaseh,mahkota dewa,mulberi,ulam raja,pokok ajaib moringa,mas cotek,senduduk putih,belalai gajah,lemba,keladi tikus,jerangau,stevia,tenggek burung,kacip fatimah,tongkat ali,pokok salam,kasturi,kasturi variegated,limau sunkis,sunkis variegated,limau madu,purut,limau nipis seedless,limau bali siam isi merah,pokok turi,pecah beling dan lain-lain.

Penghantaran untuk semenanjung Malaysia mengikut kuantiti order.

Khidmat POSLAJU ada diguna pakai.

Membekalkan topsoil,sabut hancur(cocopeat),cocofiber,sekam padi,sekam bakar dan tanah baja.

Boleh hubungi

Call/whatsapp/wechat ashraf 0136636845

p/s : Untuk dapatkan respon yang pantas sila direct call.TQ

Tuesday 17 May 2016

POKOK KELAT PAYA


                                                 POKOK KELAT PAYA

ASSALAMUALAIKUM semua....harap semuanya dalam keadaan sihat & 
terus menikmati keindahan hijau..
skarang saya nak kongsi kan pasal pokok nie..kita biasa nampak tapi tak tau nama nya kan..pokok nie biasa ada di tepi-tepi jalan..di hiway..dan biasanya pokok nie dijadikan pagar..pokoknya bila dah besar boleh ditrim mengikut kesesuaian & menjadikan lanskap yang cantik bagi yang pandai mengubahnya.ok2..boleh terus baca info nya di bawah..jika berminat mendapatkan boleh hubungi kami.tqvm

Pokok Kelat ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Myrtaceae yang berasal dari Asia Tropika. Pokok ini biasa terdapat dekat paya bakauNama botaninya Eugenia oleina.

Pokok jenis berdahan dan rimbun serta mengeluarkan pucuk merah yg menarik selepas ditrim selepas 2-3 bulan. Amat sesuai sebagai tanaman pagar serta sebagai pelindung cahaya matahari yang terik.

Boleh mencapai ketinggian 20 kaki. Tapi banyak daun gugur. Jadi jangan biarkan terlalu tinggi utk kurangkan daun.

Pokok ini boleh ditrim mengikut bentuk yang disukai, bersegi, bulat, kon dsb.


RERAMA HIJAU

                                                                 
                                                      RERAMA HIJAU


HAI!!! ... Kali nie kita kongsi berkaitan pokok herba yang mujarab nie..
Kaya dengan pelbagai khasiat..tiada kesan sampingan..dan yang penting UPM yang mengesahkan 
penggunaan daun rerama hijau..nak lebih detail boleh baca info di bawah nie...berminat nak pokok nya boleh terus call/wasap kami 0136636845..tqvm
SERDANG, 13 Mac: Umum mengetahui barah antara penyakit yang sukar diubati, dan untuk sekian lamanya pelbagai penyelidikan dilakukan banyak pihak untuk mencari dan menghasilkan ubat serta kaedah perubatan terhadap penyakit yang boleh membawa maut ini.

Usaha berterusan para penyelidik mungkin akan dapat merintis jalan menemui ramuan atau ubat yang berkesan untuk menangani penyakit yang digeruni itu.

Kajian awal olehUniversiti Putra Malaysia (UPM) terhadap tumbuhan yang dikenali sebagai ‘daun rerama’ atau nama saintifiknya Christiavespertilionis ini, mendapati ia menunjukkan ciri-ciri anti barahdan anti keradangan.

Justeru, UPM akan menjalankan penyelidikan selanjutnya dengan menjalankan saringan dan ujian pra-klinikal peringkat kedua terhadap daun rerama.
Pensyarah dan penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Latifah Saiful Yazan berkata kajian peringkat kedua ini akan dijalankan terhadap haiwan (in vivo).

“Dalam kajian itu nanti, sel barah payu dara akan disuntik ke dalam tikus, dan kemudian ia akan dirawat dengan ekstrak daun rerama,” katanya dalam temubual.

Tanaman daun rerama ini diusahakan Encik Khamarul Rezan Lim Abdullah, 58, yang dikatakan bukan sahaja berkesan merawat barah tetapi juga berupaya mengubati penyakit SLE, denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak.
Dr. Latifah berkata kajian peringkat kedua itu akan menggunakan sebahagian daripada Enterprise Innovation Fund (EIF) sebanyak RM300,000 yang diperuntukkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Untuk kajian tersebut, Encik Khamarul Rezan akan membekalkan daun rerama itu. Beliau sudah mula menanam semula pokok berkenaan, yang akan matang dalam tempoh tiga bulan sebelum daunnya boleh diambil untuk kajian.

Selain untuk penanaman semula pokok, dana tersebut juga digunakan untuk pembelian beberapa peralatan seperti mesin pengering, mesin penghancur dan mesin pembungkus, serta untuk penjenamaan produk.

Menurutnya, saringan pertama yang dilakukan pada 2103 secara in vitro, menggunakan ekstrak daun rerama terhadap enam jujukan sel barah yang sukar dirawat termasuk barah payu dara, peparu, usus besar, serviks dan ovari, mendapati sel yang paling sensitif ialah sel kanser barah payu dara.

Katanya, saringan kedua ini juga akan meneliti profil kimia daun rerama.
Dr Latifah berkata, setakat ini sebagaimana yang dimaklumkan kepadanya oleh Encik Khamarul Rezan, secara umumnya ekstrak daun rerama ini tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.

Kaedah rawatan yang digunakan ialah meminum rebusan air daun rerama ini, sebagaimana konsep merendam dan meminum air teh.

Menurutnya, daun rerama ini terdapat dalam pelbagai warna tetapi yang digunakan untuk penyelidikan bagi tujuan perubatan ialah daun rerama yang berwarna hijau.
Pokok ini boleh mencapai ketinggian kira-kira dua meter, dan bagi mempercepatkan percambahan, pucuknya harus selalu digunting, katanya.

Menurut Dr. Latifah, kumpulan mereka sedang menjalankan penyelidikan ketoksikan akut dan sub-akut untuk melihat sama ada rebusan air daun rerama boleh mendatangkan sebarang kemudaratan pada haiwan yang dikaji.
Pada masa yang sama, kajian untuk melihat ciri-ciri anti kanser rebusan tersebut dalam haiwan juga akan bermula dalam masa terdekat.
“Pihak UPM tidak bertanggungjawab dengan dakwaan beberapa pengusaha produk berasaskan daun rerama yang mengaitkan produk mereka amat berkesan untuk pelbagai penyakit.

“Penyelidikan UPM masih belum tamat. Berdasarkan kepada geran yang kami terima daripada MOSTI, fokus utama kami buat masa ini adalah kepada ciri-ciri anti kanser daun rerama.
“Jika tiada halangan, projek tersebut akan tamat pada hujung tahun 2016. Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat satu rumusan sehinggalah penyelidikan ke atas manusia dapat dijalankan.
“Mengikut perubatan tradisional, daun rerama sememangnya dikatakan mempunyai pelbagai khasiat.
“Pihak UPM bersedia untuk menjalankan uji kaji bagi pelbagai penyakit yang mungkin sesuai menggunakan daun rerama daripada Seribu Satu Herba Enterprise jika mempunyai pembiayaan daripada agensi kerajaan khususnya MOSTI,” katanya.
Beliau mengulas terdapat viral di laman Facebook pelbagai produk berasas daun rerama yang mengaitkan produk mereka dengan penyelidikan UPM.