SENARAI POKOK

Kami membekalkan benih pokok buah.

POKOK BUAH/NADIR-Benih durian raja kunyit/mousang king,durian duri hitam,tembaga,udang merah,tembaga,D101,D24,udang merah,benih kelapa matag F1,benih dokong mas,ciku mega,ciku siam,longan pingpong,longan brazil,longan lada,longan berlian,sukun,sentul,cantuman kundang,asam jawa king(cantuman),nona,manggis,manggis mesta mesta,nangka J33,cempedak CH28,cempedak champion,cempedak nangka,nangka siam isi merah,cempedak Durian,rambutan anak sekolah,rambutan gading,rambutan jarum mas,rambutan gula batu,pulasan,epal bidara,durian belanda,rambai,sentul,mentega,mangga harumanis,mangga mas hitam,cokanan,taiwan king,kuinin,mangga namdokmai,mangga epal,mangga kelapa,mangga kim hong,mangga lemak,mangga irwin ,mangga R2E2,mangga siam king madu,mangga mahachanok,mangga Super S,kedondong,gajus,jambu madu vietnam,asam gelugor,cermai,cermai belanda,ceri barbados,ceri terengganu,laici,lemon australia,lemon seedless,jambu batu seedless,jambu batu 1kg,jambu bol,jambu susu,jambu botol,Jambu batu merah,petai hybrid,jering,kerdas,kopi,bacang,jering,benih abiu,belimbing madu,belimbing buluh,delima,avocado dan lain-lain.

POKOK HERBA dan POKOK ULAM seperti benih betik sekaki,buluh madu,benih bunga cengkih,halia bara,papermint,benih ketum,pokok kopi,markisa,sambung nyawa,serai wangi,serai pedas,pudina,kemangi,selaseh,mahkota dewa,mulberi,ulam raja,pokok ajaib moringa,mas cotek,senduduk putih,belalai gajah,lemba,keladi tikus,jerangau,stevia,tenggek burung,kacip fatimah,tongkat ali,pokok salam,kasturi,kasturi variegated,limau sunkis,sunkis variegated,limau madu,purut,limau nipis seedless,limau bali siam isi merah,pokok turi,pecah beling dan lain-lain.

Penghantaran untuk semenanjung Malaysia mengikut kuantiti order.

Khidmat POSLAJU ada diguna pakai.

Membekalkan topsoil,sabut hancur(cocopeat),cocofiber,sekam padi,sekam bakar dan tanah baja.

Boleh hubungi

Call/whatsapp/wechat ashraf 0136636845

p/s : Untuk dapatkan respon yang pantas sila direct call.TQ

Wednesday, 16 December 2015

POKOK DALAM PASU


TANAM POKOK BUAH DALAM PASU

Fenomena baru yang dapat kita lihat dalam sektor penanaman sekarang adalah pokok buah ditanam dalam pasu. Luar biasa? Ya kedengaran luar biasa kerana kebiasaanya, sudah menjadi adat hendak tanam pokok buah mesti di tanah, kan?

Hasil dari kemajuan dan perkembangan ilmu bertani, pokok buah kini boleh ditanam dalam pasu. HEBAT KAN?

Menurut dari pembacaan saya, suka untuk saya kongsikan kepada tuan dan puan. Jangan terhenti jika tuan-puan minat bertanam dek kerana tiada tanah untuk menanam, masih ada alternatif untuk tuan dan puan teruskan minat anda. 

Beberapa pokok buah yang sesuai atau kerap ditanam dalam pasu, antaranya pokok jenis-jenis longan, jambu air, jambu madu,jambu strawberry, mangga epal, belimbing.petai hybrid. ini disebabkan penjagaan pokok buah ini tidak serumit yang lain. selain itu, penanaman dalam pasu lebih digemari kerana penjagaan yang lebih mudah seperti pencantasan dan balut buah dapat dilakukan dengan mudah.
Lebih mudah, aplikasi dari kaedah penjagaan pokok bonsai diterapkan ke penanaman pokok buah buahan.

Mangga
Baik mari mulakan sesi perkongsian kita

Jika tuan dan puan sudah memilih pokok apa ingin ditanam ( boleh dapatkan dari saya, Ashraf 0136636845), tuan puan harus teliti memilih pokok, pastikan tidak rosak atau terkena penyakit, pastikan anak benih dalam keadaan sihat. anak benih dari hasil pembiakan tut & cantuman adalah lebih sesuai kerana cepat berbuah. selepas itu dapatkan pasu, terpulang mana tuan dan puan selesa, kebiasaannya, pasu plastik (warna hitam), pasu tanah liat, tong 
(dipotong dua). Jika anak benih berukuran 0.6-0.8 m, saiz pokok haruslah paling kurang berukuran 0.4m tinggi, 0.4m lebar dan 0.4 m panjang. pastikan dibawah permukaan pasu/bekas terdapat lubang-lubang kecil supaya air siraman boleh mengalir keluar. pecahan batu batu atau pasu digunakan untuk menutup sebahagian lubang supaya tanah tidak turut serta keluar melalui lubang ketika proses penyiraman.

kemudian, cadangan tanah (media tanaman) yang digunakan adalah tanam hitam, atau campuran tanah, pasir dan baja (2:1:1/4). selepas baja diletakkan, kayu tegak harus diikat pada pokok untuk memberi sokongan pd pokok agar tidak membentuk ke bawah. selepas itu siram pokok sehingga media kelihatan lembap. pastikan air siraman boleh mengalir keluar. kemudian alihkan pokok ke kawasan yang tidak terlalu panas.

nahhh satu usaha sudah siap, sekarang anak pokok harus dijaga untuk memastikan kelangsungan hidup anak pokok, tanam pokok ni sama mcm jaga barang2 kesayangan kita yang lain tuan dan puan, macam jaga bini orang kata, hari2 nak kena tengok, ehhhh oppsss:)

Seterusnya penjagaan pokok.. 

Image result for pokok hybrid dalam pasu
Pokok harus disiram setiap pagi dan petang, bukan pada keadaan yang terlalu panas, untuk mengelakkan pokok lecur, penyiraman tidak diperlukan selepas hujan turun pada hari tersebut. baja, penggunaan baja adalah berkala, seminggu sekali dan seterusnya 2 kali sebulan. pencantasan perlu dilakukan supaya pokok tidak terlalu besar, dan buah tidak terlalu banyak yang akan mengakibatkan buah kurang manis dan lebih kecil. Penggemburan tanah harus dilakukan sekurang2 nya seminggu sekali atau jika tanah kelihatan padat dan kering. semasa proses penggemburan, bersihkan kawasan tanah, daripada pokok2 kecil. dan jika ada benih yang terhasil, putuskan dari induk dan cambahkan kepada pasu yang lain..
Kawalan serangga juga penting untuk mengelakkan pokok dijamah serangga/pepijat..racun serangga boleh dapatkan dari kami atau di mana mana kiosk/kedai.
Di bawah kami kongsikan contoh pokok dalam pasu yang diambil dari google.TQ. Jumpa lagi di entri yang lain. insya ALLAH. Semoga Berjaya!!

petai

mangga Irwin
jambu 
Image result for pokok dalam pasu
Delima

No comments:

Post a Comment